Monthly Archives: Oktober 2009

Mengawal Marah

Aku memang cepat marah! tak terkawal sejak hari Sabtu. Kekadang situasi adalah penyumbang utama kemarahan. Puas sudah bersabar. Menelan mana yang boleh ditelan. Sudahnya melampiaskan rasa hati pada seseorang adalah cara paling mujarab. Hilang sikit rasa sakit itu. Benarlah apa saja yang kita buat mesti ikhlas. Kalau tak payah, banyak sangat benda yang tak kena pada diri dan pandangan mata. Segalanya jadi serba salah. Kerja yang senang mula lah rasa berat kerana hati dipenuhi rasa marah. Pasti esok akan jadi lebih baik.

“Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!”

Kata-kata nie aku petik dari www.genta-rasa.com. Lunak rasa hati bila baca artikel tentang marah. Sejuk balik hati aku nie. Sebenarnya dalam apa jua tindakan kita baik untuk diri sendiri atau orang lain biar berpada. Terkadang kita tak akan dapat seperti apa yang kita mahukan. Tiada manusia sempurna. Maka aku terima apa jua yang datang. Biarlah. Apa yang penting

Sakit tapi sihat

Aku dah tak tahan sangat. Daripada asyik bertangguh, aku pergi jugak cek permasalahan yang aku hadapi sekian lama. Kira dah tak tahan sangat dah. Dan memang sah dalam rahim aku ada ketumbuhan cyst. Tak besar sangat dalam 2cm. Sedih pun ada jugak. Doktor bagi ubat untuk hentikan pendarahan. Makan ubat untuk kecutkan ketumbuhan. Jika tak ada apa perubahan kena rujuk hospital. Seram jer aku dengar. Yang paling takut kot kena bedah. Mujur doktor tu bagi tau sekurang-kurang saiz 5cm baru doktor nak bedah. Janganlah hendaknya. Takut. Biasalah tubuh nie bila tau jer ada penyakit mulalah rasa serba tak kena. Segala-galanya rasa cam sakit. Sini sakit sana sakit. Layan jelah. Sekarang aku rajin gak cari maklumat tentang permasalah wanita. Banyak sebenarnya yang aku tertinggal keretapi.

Gemuk

Perempuan memang sensitif bila ditanya tentang berat badan. Tapi marahnya sekejapan saja. Lepas tu kembali macam biasa makan banyak juga ikut selera. Macam aku semakin bertambah umur maka semakin bertambah berat badan. Hipotesis ler ni. Padahal saban tahun aku berharap dapat menurunkan berat badan. Tapi hampa…bukan salah orang lain. Aku ler yang tak kuat semangat dan cepat putus asa. Macam adik aku sekarang sedang gigih berusaha turunkan berat badan. Aku cuma tengok dan memantau dari jauh. Yalah kot dia patah semangat nanti boleh ler aku pulang paku buah keras. Teruknya perangaikan! namun sebenarnya jauh disudut hati aku memang berharap dapat buat. Yalah bila badan gemuk makin banyak pulak penyakit hinggap. Jadi jalan paling selamat kena wat juga la. Aku ingat nak beli jus mate5 tu jer. Dengarnya mujarab. Tapi la ni duit pulak tak da. Isk susah beno nak kurus. Ada aje masalahnya. Nak bersenam isk boleh caya ker aku nie. Baru sekali aku wat ari tue kaki dah tergeliat. Tak pasal-pasal malam tue aku berlumur ngan minyak urut. Tak ada maknanya…Isnin minggu depan aku mula diet balik.

Gegaran

Gempa Bumi melanda Sumatera petang semalam. Gegaran terasa sampai ke bahagian pantai barat Johor. Masa tue aku sedang menaip, tiba-tiba rasa macam pening. Ingatkan aku dah terlebih makan ubat sebab badan pun memang ngah tak sihat. Rumah macam goyang. Panik jugak lah. masa tue lebih kurang pukul 6.20 petang. Bila aku jenguk kat luar ramai orang dah kuar dari rumah masing-masing. jadi betul lah apa yang aku rasa. Bumi bergoyang, takutnya. Macam mana pulak ngan dia orang yang betul-betul berada di pusat gempa. Berita malam tadi kata gegaran melebihi 7 skala richter. Isk kuat juga tue.

Macam-macam bencana berlaku sekarang. Ribut, angin kencang, banjir, gempa bumi dan tsunami. Dugaan yang berturutan melanda. Bumi sudah semakin tua.

Semalam juga kejadian tidak diingini berlaku, kereta adik aku calar masa nak masuk parking. Tu ler confident sangat. Tercalar hati aku dibuatnya. Pastinya makin kering lah poket aku. Isk geramnya…