Mati dari sudut Sains…apa yang berlaku selepas mati

Badan kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul membentuklapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisudan organ seperti jantung, kulit dan hati. Sel seolah-olah sebuah rumahyang mempunyai komponen yang sentiasa bekerja tanpa henti. Mitokondria, jasad Golgi, ribosom, nukleus, dan sitoplasmabekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Untuk  bekerja secaranormal, sel memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP (Adenosine-5′-triphosphate). Sel juga memerlukan oksigen, fosfat, kalsiumdan bahan makanan sebagaimana kita. Setiap apa yang kita makan akandisalurkan kepada sel-sel tertentu mengikut pengkhususan kerja mereka. Namun jika berlaku sebarang masalah dan bekalan ini tidak mencukupi,sel akan mati.

Boleh dikatakan bahawa kematian bermula apabila roh dikeluarkan darijasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantungberhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagimenerima oksigen yang diangkut oleh darah.

Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermulapada sel otak dan berakhir pada sel kulit. Dalam beberapa minit darahakan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah dan berkumpul disitu akibat tarikan graviti bumi. Bahagian atas yang ketiadaan darahkelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap.Tempoh perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jikaia mengalami kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot bolehbertahan setelah beberapa jam manakala sel tulang serta kulit bolehbertahan berhari-hari lamanya.

Perlu diketahui bahawa badan bernafas secara aerobik iaitu denganmenggunakan oksigen. Maka apabila mati, proses respirasi aerobik akanterhenti dan menghalang  penghasilan tenaga molekul yang diperlukanuntuk melakukan tindakbalas biokimia otot. Ion kalsiumakan bergerak ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat ataumengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras,tidak bergerak lagi.

Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkandirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasakita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kitaditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara dahikanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapahari lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungibanyak kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti.

Hikmah Pengebumian Jenazah

Amat besar hikmah mengkebumikan jenazah di dalam kubur. Manusia yangdicipta dari segumpal tanah akhirnya kembali kepada tanah. Kita sediamaklum, semua jasad yang mati, lama kelamanan akan mereput. Prosespereputan ini berlaku berperingkat-peringkat di dalam kubur. Seandainyajenazah tidak disemadikan di tanah perkuburan, maka akan tersingkaplahkejadian pereputan yang mengaibkan ini dan manusia tidak dapat hidupaman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat. Malahan, bakteriaakan tersebar dan menularkan penyakit  kepada manusia yang masih hidup.

Peringkat pertama

pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri (self-destruction).Enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri.Struktur membran sel akan rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Iaakan menyahaslikan makromolekul dalam badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma seperti sel perembes dan makrofaj.

Peringkat kedua

adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria anaerobik. Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiadaoksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan danpembiakan  bakteria  anaerobik terutamanya pada bahagian organ dalamanbadan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipidpada mayat dan menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskanmengakibatkan tubuh mengembung bermula dari perut yang akan mengubahbentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletus dari mulut dan hidungmayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma.Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk.Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulittidak dapat lagi menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalumenyebarkan bau yang  meloyakan.

Peringkat ketiga

adalah peringkat pereputan. Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalirkeluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak.Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turutmembusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembutmenjadi kecut dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnyamayat tinggal rangka.

Peringkat keempat

adalah peringkat terakhir dalamproses pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan.Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yangtinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi.

Akhirnya, mikroorganisma seperti bakteria, kulat,alga dan serangga berjaya menakluki tulang.  Berlakulah  perembesanasid dan enzim metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulangpula hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahankimia di persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yangterdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah. Maka, tiada apalagi yang tinggal pada jasad.

Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabilamati, segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlahsentiasa akan mati kerana ia satu peringatan.

Catatan Editor //: Samhani Ismail merupakan Penulis Sains dan  seorang Penuntut Sarjana dalam bidang Neurosains di USM.

About these ads

3 responses to “Mati dari sudut Sains…apa yang berlaku selepas mati

  1. nurfarhana abdullah

    terima kasih diatas paparan ini, sekurangnya2 saya tidak lupa pada kematian yang akan berlaku keatas kita

  2. salam.
    info yang menarik.Minta izin dipanjangkan ke laman blog saya ye.Untuk renungan bersama.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s