Cuaca

Dalam dua tiga hari ni cuaca panas betul! pagi-pagi lagi badan dah berpeluh. Kalau badan dah melengas semacam nak buat kerja pun tak selesa. Ada jer yang tak kena tu belum lagi masuk bab tak der mood..tapi saling bersangkutan lah tue kan. Biasalah manusia selalunya akan mencipta berbagai alasan yang kekadang tak masuk akal pun ada.

Sejak kebelakangan nie…aku sering teringat kenangan lama. Kekadang perkara yang kita ingin sangat nak lupa tapi makin dicuba makin teringat pulak. Payahkan! Tambah pulak tadi balik jer dari kerja dengar pulak lagu yang tangkap syahdu“kian ingin kau kulupakan, kian kau kurindui”. Sebaris ayat yang dapat aku petik dari lagu tue. Sukarnya nak melupakan. Mungkin aku tak cukup berusaha agaknya. Namun aku sentiasa ambil sisi positif dari setiap perkara yang aku lalui disepanjang fasa hidup yang aku lalui. Sakit tue memang sakit sangat namun apalah sangat kalau ia dapat membahagiakan orang lain apatah lagi orang yang bermakna pada kita. Sesungguhnya aku dah simpan jauh-jauh setiap kenangan tue dan kukunci dengan tertib sekali. Aku ingin mencari pintu bahagia yang lain, yang ada di sana, yang mungkin belum kutemui lagi ataupun dia sudah lama menantiku cuma aku yang tak perasan lagi kehadirannya. Mungkin…segalanya mungkin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s