Ketika Cinta Bertasbih…dwilogi pembangun jiwa

Salam…

Dah lama aku beli novel nie cuma baru sekarang aku ada peluang nak buat entry tentangnya. Aku ada KCB episod 1 dan 2. Aku memang minat novel islamik. Dan novel nie adalah sebahagian yang ada dalam koleksi peribadi. Ada banyak ilmu yang aku timba dalam aku menghayati ceritanya. Jalan cerita yang menarik dan susunan kata-kata yang ada sungguh indah sekali. Kadang-kadang terfikir juga, bagaimana ya nak karang ayat-ayat yang memberi kesan begini bukan saja pada diri sendiri bahkan menusuk sekali dalam jiwa orang lain. Mungkin Allah tak kurniakan bakat tue pada aku tapi aku bersyukur juga dapat membaca dan menghayatinye.

Azzam nama watak dalam citer nie. Sungguh berkarisma sekali orangnya. Paling menyentuh hati bila Azzam pulang ke Indonesia, saat bertemu ibunya setelah berpisah sekian lamanya. Tak dapat ditahan-tahan air mata aku nie mengalir laju keluar. Terbayang beningnya mata mak seketika. Cerita nie banyak menceritakan tentang peribadi seorang lelaki yang berjiwa kental baik pada diri sendiri, keluarga mahupun tunangannya. Azzam yang selalu bersikap reda atas apa jua rintangan yang berlaku dalam hidupnya. Agaknya payah untuk mencari lelaki yang wujud secara nyata seperti watak Azzam. Dengarnya novel ini juga akan difilemkan. Tak tau lah aku watak nie dapat diangkat dengan baik atau sebaliknya. Hendaknya jangan jadi seperti watak Fahri dalam  AAC tue. Rimas jer aku tengok… tak sesuai langsung.

Bulan nie tak ada buku baru yang aku beli…mulanya dah berkira-kira juga nak dapat satu atau dua buku. Dapat gak hilang boring dok sorang kat sini. Tapi aku bercadang nak simpan dulu lah nak tunggu cuti sekolah. Lagipun adik aku kerja kat MPH dan boleh dapat diskaun 20%. Mmmmm banyak tue. Jadi aku bercadang nak turun KL cuti sambil cari buku baru kat MPH. Best ar gitu. Chow!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s