Ragam artis kita…

Macam-macam hal yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Mula dengan sidang akhbar majlis kawin Mawi dan Ekin pastu ngah heboh ngan citer khalwat Norman Hakim pula. Agaknya tak menang tangan press kat Malaysia nak cover semua cerita hangat nie. Yang peningnya kitalah sebab baca banyak sumber cerita dalam versi yang berbeza.  Sorang sedang menghitung hari dan sorang lagi ngah bercadang nak tambah satu lagi. Mmmm kenapa ya! tak bermaknakah kehidupan yang selama nie dikongsi bersama. Mudahnya nak bercerai-berai, tak bolehkah dibawa berbincang merungkai segala kekusutan dengan baik. Maksud aku tak payahlah bawa sampai segerombolan manusia macam tue. Tu bukan nak berbincang tapi nak menunjuk sapa hebat. Tercabar ler si Norman tue. Maruah suami walau macam mana harus kita jaga dan utamakan. Sekurang-kurangnya kalau bukan kerana diri sendiri tapi lakukanlah untuk anak-anak. Seingat aku kes yang dulu pun dia pi serang Norman kat set pengambaran gak tu yang terlepas talak.

Sapalah kita nak menduga apa yang ada dalam hati Abby dan Norman. Dekatkan diri padaNya dan pasti akan bertemu jalan keluar. Dugaan Allah tu, mungkin selama nie kita selalu lalai dan lupa padaNya. Jangan diikut rasa amarah nanti parah sebab bila dah reda nanti lain pulak ceritanya. Usai cerita nanti susah pulak nak berpatah balik. Harapnya pasangan ni bertemu jalan penyelesaian terbaik…

Perkara sebegini memang dah jadi lumrah sebenarnya. Bukan dikalangan artis jer. Dimana-mana pasti kita mendengar cerita yang lebih kurang sama. Hadirnya orang ketiga yang menghancur lumat sekeping hati yang setia dan sentiasa percaya. Minta dijauhkan untuk melalui saat-saat getir seperti ini. Luka dihati sendiri boleh juga diubati tapi luka dihati orang lain…lu pikir lah sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s