Menunggu cuti

Lagi 3 hari cuti sekolah bermula…kejap jer dah nak setahun. Pantasnya masa berlalu. Rasa baru sangat aku melangkah kaki ke bumi Johor pejam-celik dan 11 bulan dah. Aku semakin seronok berada di sini. Kekadang perkara yang paling susah nak dibuat boleh jadi sebaliknya. Dulu semasa baru di postingkan aku jadi kalut tau bayangkan suasana yang berbeza sama sekali. Dari bangunan batu ke suasana penuh menghijau. Dan tabik pada diri aku kerana dapat menjalani hidup di sini dengan sukses sekali. Harapnya di tahun-tahun mendatang akan ada cerita-cerita gembira mengiringi hidup aku. Insyallah.

Hari nie ada mini sukan kat sekolah. Dan seperti biasa rumah aku kalah juga. Dulu masa aku masih di sekolah rendah rumah yang aku join selalunya kalah tak ada nyer yang menang. Pastu di SRIKL aku jadi guru rumah hijau pun kalah juga. Balik-balik rumah merah jer yang menang. Kali nie aku jadi guru rumah merah ingatkan menang tapi kalah juga. Bilalah rumah aku nak jadi juara nie. Geramnya…

Banyak benda nak buat masa cuti nie…apa ya! merancang jer tak tau ler jadi ke tak. Tengok jer lah nanti. Tak sabar gak nak balik kampung nie…rindu ngan mak.

2 responses to “Menunggu cuti

  1. salam haizad.. jmpa link ni kat shukur.org.
    cikgu baru gak ye? sama la kita… baru posting tahun nih…🙂

    salam perkenalan

    • Salam perkenalan juga… baru jer posting awal tahun nie… ni ngah tunggu panggilan temuduga tak dapat-dapat pulak. Kawan-kawan yang lain sume dah pegi saya sorang jer yang ketinggalan lagi nie. Risau lah pulak nie. Selamat bercuti panjang ya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s