Cerita akhir tahun

Salam…

Seronok nya bercuti. Sekejap jer rasanya. 6 minggu di kampung rasa puas sangat apatah lagi bergelumang ngan Tompok dan Merah yang tak abis-abis melepas di dapur rumah. Yang jadi mangsa aku lah mujur aku ni tak berkira sangat. Nak diharapkan yang lain tu tak mungkinlah. Idea yang paling bernas pun suruh anta balik kucing tue ke tempat asal. Tak tergamak pulak rasanya.

Cuti ni aku habiskan dengan menonton TV. PC rosak jadi aku tak dapat nak update blog jadi melangok je layan cerita dari Puteri Salju sampai ke drama Korea “Lovers” yang akhirnya aku tak dapat tengok episod akhir sebab dah kena balik ke sekolah ada meeting. Geramnya! Lepas  nie kena cari CD la nampaknya. Seriau juga tak tau apa yang jadikkan.

Sesi melawat kawasan yang paling menerujakan. Aku sekeluarga gi Cherating dok kat Impiana Resort. Masa ‘check in’ masing-masing berebut katil semua tak nak dok kat katil spare. Memandang aku yang bayar jadi dapatlah keistimewaan. Dia orang tak leh nak cakap apalah. Seronok main air sampai naik kecut badan. Masih lagi tak berjaya mengapungkan badan walau ada yang tunjuk kepakaran masing-masing tapi kejap jerlah. Tulat 4 hari aku gi KL pulak. Shopping sakan kat sana yalah musim cuti sekolah Sale pun berlambak-lambak di mana-mana. Tak lupa gi PD tengok rumah adik aku yang tak berpenghuni mujur masih rupa rumah lagi. Mak dah membebel macam-macam aku dah naik pening.

Aku baru tukar radio kereta yang baru. Baru best memandu tak dalah mengantuk lagi. Berhabis jugak lah kena tukar speaker lagi. Haru jugak nie nak tunggu gaji. Tuler main belasah jer kan dah sengkek. Tapi tak pa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s