Banjir Kilat Lagi!

Banjir lagi! bagi warga KL perkara nie dah jadi kebiasaan sampai dia orang yang cukup fobia nak bawa kereta pergi kerja. Bila nak balik kereta dah tenggelam dek banjir. Macam adik aku sanggup bawak motor jer takut nanti kereta dia tenggelam dek banjir yang melanda tak tentu masa. Bab banjir satu hal tambah lagi ngan jem kat merata-rata tempat. Nampaknya segala usaha yang dibuat untuk mengatasi banjir kilat masih tak menampakkan perubahan yang nyata. Rata-rata masyarakat hanya mampu merungut tapi tindakan pihak yang di atas sana tak tahu lah samapai tahap mana. Kalau ada pun di war-warkan masa sehari lepas kejadian pas tu senyap jer sampai ler banjir kilat datang lagi. Bising-bising pas tue senyap balik. Bagi aku jika ada tindakan pasti nampak ada perubahan walau sedikit tapi nyata. Ni siap ngan terowong tapi masalah makin teruk lah pulak. Silap perancangan  ker! kesian ler ngan orang-orang yang terlibat. Makin susah hidup dia orang.

Banjir sekarang nie bukan berlaku kat sekitar KL dan Shah Alam jer. Semalam berlaku kat Lubok Cina dan sebuah sekolah kat Setiu sampai 500 orang murid dan guru terperangkap. Tu yang sempat aku baca kat tempat lain aku tak pasti sangat. Sampai bila kita nak berhadapan dengan permasalahan yang sama setiap kali musin hujan tiba. Mana nak tenteram hidup bila hujan jer sibuk kena angkat dan pindahkan barang. Kalau dah selalu sangat sampai tahap mana kesabaran kita boleh bertahan. Aku harap lepas ni tindakan yang proaktif perlu diambil bagi menyelesaikan masalah nie.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s