Hanya kau yang mampu 1

Mata Aiza semakin layu. Tugasan Sains masih belum disiapkan. Masih ada lagi tiga minggu sebelum tarikh akhir. Congak Aiza menyedapkan hati sendiri. Dia tahu tugasan itu perlu dimulakan lebih awal lagi namun tuntutan kerja menyebabkan ia ditangguh-tangguhkan. Hatinya mengerutu tiba-tiba apalah yang susah sangat menyusun jadual hidup sendiri. Telefon Aiza berdering menandakan SMS masuk. Matanya meleret memandang jam di komputer riba. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Hatinya tertanya sendiri. Siapa pulak yang berani sangat SMS aku malam-malam buta.

“Za, ko dah tidur! aku kat hospital. Pakcik aku kena serangan jantung. Kejutkan aku esok. Risau aku tak boleh sedar lak nanti”

Azrul! SMS dari lelaki idaman malaya lagi. Dan kini dia SMS aku malam-malam buta pula. Tak cukup dia buat perangai mengarah aku itu dan ini di kelas sekarang nak suruh aku kejutkan dia pulak. Mana pulak perginya awek yang telah diwar-warkan kewujudan bidadari hati dalam hidupnya diseluruh kelas dulu.

“Belum! aku kena jadi ‘alarm clock’ ko le ni mmmm ok”

“TQ, maafler susahkan ko!”

“Tak pe, hati-hati memandu dah malam sangat ni. good nite!”

Mata Aiza terkebil-kebil. Hati memberontak bagai nak gila tapi lain pulak mesej yang dihantar pada Azrul. Tangan Aiza pantas mengunci jam loceng tepat pukul 5.30 pagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s