Hanya kau yang mampu 2

Aiza pantas memutar stereng kereta miliknya untuk membelok, kelas baru sahaja berakhir jam 2 petang tadi. Kini dia merancang untuk makan di luar. Jemu makan di kafe, dia dan kawan-kawan bergegas keluar menuju ke Bandar Hilir cari makan. Selalunya dia yang memandu. Jalan di bandar Melaka ini kalau terlepas simpang maka kena berpusing semula. Arifah dan Nurul tidak begitu faham jalan-jalan di sini maka mereka banyak berharap pada Aiza kalau hendak ke mana-mana.

 Hatinya  memberontak bila sebuah kereta Wira biru laju memintas keretanya. Melihat nombor plat kereta, dia  geram sendiri. Dia lagi! Nak buat hal lagi lah ni.

“Eh, mamat ni ada jer kat mana-mana! Berlagak pulak tu. Menyampah betul” rungut Aiza.

“Azrul dengan Ikhwan tu, dia orang pun cari makan macam kita agaknya” Arifah membebel sambil mengeluarkan telefon.

“Hello!, Wan ko nak ke mana ngan Azrul. Kita orang nak gi makan kat Mc. Donald. Jom ikut sekali” Arifah cepat mempelawa Ikhwan.

“Tak payah ajak dia orang la. Buat tak selera nak makan jer” tukas Aiza memandang sekilas ke wajah Arifah. Arifah buat-buat selamba. Geramnya.

“Wan tunggu kita kat depan Mc. Donald” pendek saja jawapan Arifah sambil menyimpan telefon ke dalam beg galas nya.

Hati Aiza mula terganggu. Dia kalau boleh malas nak berhadapan dengan Azrul . Azrul yang suka sangat menyakitkan hatinya. Nanti ada saja perkara yang janggal di matanya. Ada saja perkara yang nak digaduhkan. Rasanya hari ini Aiza sudah cukup penat melayan kerenah Azrul. Kadang-kadang dia sudah tidak mampu hendak marah. Baiknya dia diam saja sambil berharap Azrul akan turut diam. Namun lelaki itu buat-buat tidak faham. Makin dia diamkan makin menjadi-jadi pula. Tambahan pula bila terkenangkan kejadian di kelas tadi malunya dia bukan kepalang.

Puncanya bila Azrul melemparkan cebisan kertas ke arahnya. Gulungan kertas itu pula tepat terkena pada Nurul yang terkenal kuat melatah. Nurul yang  duduk sebelah Aiza terkejut bagai nak rak. Dalam dia melatah sempat pula dia membelek cebisan dan terus membaca isinya.

Za, Sebab ko aku ada kat sini. TQ kejutkan aku pagi tadi.

Yang tak patutnya ialah satu kelas sudah tahu Aiza yang mengejutkan Azrul dari tidur pagi tadi. Sudahnya semua orang berpakat berbisik-bisik sesama sendiri. Aiza menjegilkan mata ke arah Azrul dengan perasaan tidak senang. Azrul merenungnya galak. Renungan Azrul dibalas dengan muka masam mencuka.

Usai kelas pagi, Arifah dan Nurul sibuk bertanya. Sudahnya Aiza terpaksa menjelaskan duduk perkara sebenar. Sesekali matanya melemparkan pandangan ke arah Azrul. Azrul cuma diam menghadap laptop.  Kembali kepada dunianya sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s