~Damba CintaMu~

Aku dapat sajak atau lagu ker apa nie dari satu blog http://aireensamirah.wordpress.com/. Best jer aku baca jadi aku letak kat sini sebagai ingatan kepada diri aku sendiri.

Ya Tuhan,

Aku lah pencari cinta Mu;

Cinta yang agung;

Cinta yang akan membuatkan aku mencintai apa sahaja kerana Mu;

Cinta yang membawa aku kepada bahagia yang abadi, bukan keseronokan yang sementara;

Yang Maha Mencintai,

Tidak ingin aku mencintai makhluk sebelum aku mencintai Penciptanya;

Tidak ingin aku serahkan jiwa ini sebelum aku kembali kepada fitrahku;

Tidak ingin aku bila hati ini mengingati sesiapa lebih dari aku mengingatiMu;

Tidak ingin aku hidup tanpa cintaMu;

Yang Maha Mengetahui,

Suburkanlah cintaMu dalam jiwaku;

Aku pohon Ya Tuhan, aku pohon;

Meskipun payah, meskipun sukar, akan aku cari cintaMu;

Agar aku mengenaliMu, agar aku yakin atas segala-galanya padaMu;

Agar aku tidak membiarkan cinta majazi membunuh cinta haqiqi pada Penciptaku;

Agar aku tidak hanyut dengan dunia;

Agar aku tidak tenggelam dalam dugaan;

Agar aku tidak berpaling dari rahmatMu;

Agar aku sentiasa mengingati Mu;

Ya Allah,

Jika dugaan yang Kau timpakan padaku;

Jika ujian yang Kau datangkan padaku;

Jika keperitan yang Kau rasakan padaku;

Hanya untuk aku merasai betapa sukarnya mencari cintaMu,

Supaya aku lebih menghargai betapa tingginya nilai cintaMu,

Maka aku rela, Ya Allah,

Aku rela tempuhi segala,

Selagi cintaMu bersamaku..

~Damba CintaMu~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s