Indahnya Kenangan di Langkawi

Baru dua hari balik dari langkawi..penat pun tak hilang lagi ni. Seronok sangat kat sana rasa macam tak mahu balik pulak. Borong sakan! daripada dua beg pergi masa balik dah jadi berbeg-beg penuh dengan coklat sajer. Gila betul! pantang nampak nak beli ajer. Sudahnya peti ais kat rumah aku nie penuh dengan coklat saja. Bekalan untuk setahun.

Banyak juga tempat yang kami pergi. Yang paling tak dapat lupa masa naik bot ke Pulau Dayang Bunting. Mak aku ketakutan masa naik bot. Rasa berdosa sangat sebab sebelum tu pujuk mak naik kereta kabel kat Gunung Machincang. Mak dah lenguh lutut. Pas tue tambah ngan naik bot. Menggigil tak sudah. kecut perut aku takut mak pengsan tapi abah aku tengok cool jer. Syukur dapat gak tengok Tasik Dayang Bunting walau pun tak dapat nak bermandi-manda, pas tue gi tengok burung helang dan ke Pulau Beras Basah. Cantik dan tak puas rasanya.

Bergambar sakan! pantang ajer nampak tempat cantik berebut nak berposing. Tang makan yang paling best. Makan seafood ajer. Murah dan sedap. Makan kat restoran Wan Thai yang paling sedap. Jadi perkara biasalah balik dari Langkawi berat semakin bertambah. Namun walau apapun saat bersama keluarga adalah yang paling mahal harganya, tak kira di mana saat itulah yang paling indah, paling bererti dan bermakna.

Destinasi seterusnya bulan 12 nanti ingat nak bawak mak dan abah ke Pulau Pangkor pulak. Tahun depan plan nak pergi Sabah. Jadi kena kumpul duit mula dari sekarang. Insyaallah. Allah akan permudahkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s