Bilik 1133

Seronok berkenalan dengan kawan baru semasa induksi minggu lepas. Bilik kami 1133. Seorang masih gadis (aku ler tu), dua orang lagi isteri orang: ada isteri pertama dan ada isteri kedua. Pengalaman yang sukar dicari di mana-mana. Akhirnya kami bertemu di bilik ini. Tak mengambil masa untuk mesra. Adalah 3 minit sahaja sesi suai kenal lepas tue berborak macam nak rak. Perngh seronok benar rasanya. 2 minggu terkurung di bilik ini dengan jadual kelas yang padat memberi berbagai rasa. Sorang suka makan, sorang lagi suka jalan-jalan dan sorang lagi suka memerap dalam bilik tengok cerita korea. Jadi berkongsi lah kami 2 katil dan tidur bertiga. Kami cukup mesra. Berkongsi berbagai cerita: kisah rumah tangga yang bermacam rencahnya, kisah jodoh yang entah bila tiba, kisah anak-anak, kisah suami yang lain benar sifatnya, kisah kawan-kawan kursus yang tidak sebulu. Macam-macam cerita. Tapi cerita habis di bilik sahaja tak boleh di bawa keluar kerana banyak hati yang perlu dijaga. Cukup 2 minggu kami membawa rentak masing-masing, hidup kembali dengan rutinnya. SMS menjadi penghubung kami. Selama mana aku tak tahu. InsyaAllah persahabatan ini sudah bermula mungkin tiada penamat. Harapnya…

Setelah 2 tahun berlalu, kelmarin dia menelefon ku semula. Panggilan lewat tengah malam mengejutkan aku dari lena. Tiada cerita baru cuma aku mengabarkan padanya aku sudah berada di daerah lain. Membuka lembar hidup baru tanpa dia. Melupakan cerita lama. Cukuplah sekadar itu. Dia faham. Agaknya jiwa aku nie pun dah tepu agaknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s