Abah

Abah tak sihat. Sepanjang bulan puasa nie sakit gout nya berulang-ulang. Risau aku. Selera makan pun semakin kurang. Kesian aku ngan abah. Kalau dulu abah lah yang banyak beli juadah berbuka tapi kali nie kami makan yang biasa-biasa jer. Tak nak nanti abah kecik hati lagi pun abah kena banyak berpantang. jadi kami pun tak da ler makan besar sangat. Aku tak nak kehilangan abah. Aku harap abah akan sihat semula. Itulah doa aku hari-hari sepanjang ramadhan ini. Aku takut sebenarnya. Takut benar aku dengan kehilangan. Agaknya aku belum cukup kuat lagi.

Memandang aku duk merantau, jauh dari abah. jadi saban minggu aku akan balik ke kampung. Mujur sekolah tak sesibuk dulu jadi bulan puasa ni banyak aku habiskan di kampung saja. Namun hati aku tak cukup puas. Kalau boleh hari-hari aku nak jumpa abah. Nak jaga abah macam abah jaga aku masa kecik dulu. Pernah dulu masa nak hantar aku ngan adik ke sekolah, abah siap konar baring dan lepas tu betul-betul terbaring. Tak jadi gi sekolah. Tapi seronok! Tak sakit pun. Kalau abah bawa kami pi bayar bil api kat pekan mesti belanja mee sup. Tapi itu dulu masa badan abah masih kuat lagi. Mahal betul kenangan kan dan cepatnya masa berlalu. Kini aku dah besar panjang pun tapi aku masih lagi tak puas bersama abah. Aku sayang abah… doaku agar Allah sentiasa sihatkan abah. Dan aku memang anak mak dan anak abah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s