Dia, kereta dan raya…

Kali pertama beraya tanpa kereta. Patah kaki ler… nak beraya kena tumpang keta adik. Perngh sungguh membosankan sebab kena tuang minyak kat keta orang lain pulak. Raya tetap raya. Seronok dapat berkumpul adik beradik, abah pun dah semakin sihat. Kekadang manja abah dah terlebih tapi kami layan abah sebaik mungkin. Aku yang jaga makan abah, agak garang juga kerana aku tak nak abah makan daging. Yang lain-lain ok jer tapi daging maaf ler. Tangan abah yang bengkak baru jer surut. jadi aku pantau gak ler apa yang abah makan. Nanti sakit goutnya makin melarat pulak. Kesian ngan abah. Apa lagi musim raya aktiviti pertama selalunya pergi ziarah kubur aruah abang dan anak saudara aku. Setahun sekali pergi maka banyak ler rumput-rampai yang tumbuh melata. Alfatihah.

Kereta comel aku kena turun enjin. Asap dah makin tebal, power pun dah kurang jadi aku berkorban ler untuk baik pulih kereta aku tu. Yalah sesuai ler ngan umurnya yang dah 9 tahun tu. Aku dah bayar seribu tapi kereta tue masih tak siap lagi. Jenuh sungguh. Bila lah nak siap susahnya tak da kereta. Khamis lepas aku siap pi naik bas ekspress sebab nak bawa balik kereta adik aku. Isk sesak jiwa dibuatnya. Turun-naik bas berpusing-pusing tapi tempat nak pergi bukan jauh sangat pun. Yang paling terperanjat tambangnya yang tahap gaban mahalnya. Mengalahkan naik flight pulak! Jadi sesapa yang turun-naik bas tue usaha lah sikit untuk beli kereta. Walau kereta kecik tapi sekurang-kurang jimat gak duit masa pun tak banyak habis di jalan raya jer.

Aku terserempak dengan dia, selisih kereta jer. Aku tahu itu kereta dia. Tak palah kalau dia dah tak ingat kat aku lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s