Sukarkah membuat pilihan!

Hidup mesti memilih. Cuma kadang-kadang kita takut tersalah pilih. Tersalah dalam membuat pilihan. Bak kata seorang kawan, hati kita maka kitalah yang lebih tahu pilihan mana yang terbaik. Pada aku berserah kepada Allah adalah yang paling utama, pasti Dia akan memilih yang terbaik buat kita. Memang kita tahu hati kita, tapi Allah lebih tahu segalanya dan hidup kita sentiasa di bawah perancanganNya. Mungkin pada pandangan kita, dialah pilihan terbaik tapi tidak bagi Allah sebab itu jodoh tidak bertemu. Itulah cerita yang aku dengar pagi-pagi ni. Tentang pilihan hidup. Pelik aku bila ada mengatakan takut nak buat solat iskharah. Takut Allah tunjukkan pilihan yang lain. Isk merapik betul. Pilihan Allah kan yang terbaik. Apa pulak yang nak ditakutkan. Peliknya manusia. Semua perkara nak ikut kata hati sendiri. Yang salah diri sendiri lah, yang gi layan semua orang tue apa pasal. Dah suka kat seorang tumpu pada seorang sajalah. Bila nak buat pilihan takutlah pulak. Tak pasal-pasal buat aku geram. Bilalah  nak matang! Apapun pilihan yang kita buat pasti ada hati yang terluka. Sebab itu setiap tindakan yang dibuat kena muhasabah dulu. Jadi fikir-fikirkanlah, perasaan orang lain perlu kita jaga sepertimana kita mahu orang lain menjaga hati kita. Jika kita mahu memilih yang terbaik, orang lain pun mempunyai kehendak yang sama. Mungkin diri kita juga bukan pilihan terbaik. Merapu meraban aku pepagi ni. Moga Allah mempermudahkan segalanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s