Menyelusuri hidup

Pernahkan dalam kita menjalani kehidupan, masalah yang sama sering menghantui hidup. Biar sejauh mana pun kita lari terkadang masalah yang sama juga kita berdepan. Tak sudah-sudah ditambah pula ada yang tak mahu faham atau buat-buat tak faham. Penat sungguh rasanya meladeni hidup yang kini makin berombak-ombak. Sudahnya berpuluh-puluh missed call dan SMS di telefon dibiarkan begitu saja. Terkadang nak tengok pun malas. Risau sebenarnya. Kerisauan itu saya terjemahkan dengan bermacam cara. Tidur salah satunya. Biarpun terjaga saja masalah terus memburu. Sekurang-kurangnya merehatkan minda dari permasalahan yang sering menduga. Allah menduga lagi. Pada Allah saya serahkan segala-galanya. Sungguh takut dengan dugaan perasaan begini. Takut kalah dengan perasaan sendiri. Pasti pada akhirnya hati saya yang terluka. Saya berharap Allah menetapkan hati saya sama seperti 4 tahun dulu. Mencukupkan segala rasa. Selama ini saya merasakan hati saya yang robek dulu sudah sembuh tapi tak sangka lukanya masih berdarah. Bila masalah ini datang bermukim semula, hati tak menentu. Saya sebenarnya ingin keluar dari keadaan ini. Menjalani hidup tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Bolehkah saya bersikap begitu! sedangkan dia menagih perhatian yang bukan sedikit sedangkan hati saya sendiri sudah kehilangan rasa. Sudah tepu… Apa yang perlu saya buat. Larikan diri sekali lagi. Memberi ruang tidak mungkin ada. Atau berterus terang saja. Fahamkah! meletihkan betul… bila lah hati ini beroleh damai semula. Allah ada, Allah ada, Allah ada. Sesungguhnya saya bukan bersendiri kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s