Cerita tentang yang manis bukan yang pahit

Manis Pertama: Dua hari sebelum cuti result UPSR kuar. Perngh berdebar mengalah anak sendiri. Mujur semua nya lulus. 100%. Taruhan kali pertama yang berjaya. Satu kredit buat diri sendiri. Makin bertambah motivasi diri tuk meningkat kan prestasi diri anak-anak didik. Yang pasti tahun depan cabaran lebih besar mungkin juga lebih menggugah perasaan. Tapi yang lebih susah lebih mencabar gitu. Nampak nya strategi baru kena difikirkan sebelum sekolah bermula.

Manis Kedua: Bertemu sahabat di sekolah lama SRIKL. Baru setahun jer tak jumpa. Tak banyak juga yang diceritakan. Kekangan masa. Individu berubah sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Aku cuma mengharap menjadi sahabat yang baik pada semua orang. Yang selebihnya terserah sahaja.

Manis Ketiga: 4 minggu pertama cuti sekolah duk kat kampung. Perngh sedapnya makan. Hari-hari kena fikir nak masak apa hari ni. Selain tue ajar mak doa-doa solat sunat. Yalah mak nak buat Umrah sekitar bulan empat nanti. InsyaAllah. Jadi sekuarng-kurangnya aku bantu mak mana yang mak tak faham.

Manis Keempat: Buku Sejarah dan Riwayat Hidup Rasulullah dah hampir habis dibaca. Yang pasti aku semakin mengenali diri nabi yang kucintai ini. Serasa begitu dekat sekali. Bila baca buku yang tebalnya 1550 muka surat nie. aku ingat ambil masa berbulan ler kot tak bertahun. Tapi bila dah baca susah nak berhenti. Seolah-olah diri berada di Madinah. Indahnya jika dapat bertemu Rasulullah. Aku ingat nak cari buku-buku tentang perkembangan Islam terutama selepas kewafatan Nabi. Walau pun aku ada buku lain tapi buku ini adalah edisi yang paling lengkap. Puas hati jugak lah. tak sia-sia aku beli…

Kan betul cerita tentang yang manis-manis sahaja…yang pahit malas ar nak citer. Buat hati rasa tak bahagia jer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s