Melihat sisi baik dalam diri seseorang…

Salam,

Mencari salah orang memang kerja mudah. Kekadang kita terlalu sibuk mencari silap orang hingga terlupa akan silap diri sendiri. Kekadang sukar nak faham tentang hakikat persahabatan (kalau boleh dikatakan bersahabat). Dulu seseorang itu sangat bermakna namun bila tiba fasa lain dalam hidup, kita asyik memperkatakan tentang sisi buruk sahabat yang dulu pada kita dia segalanya. Sehingga luput sudah sisi terbaik sahabat tu pada kita. Gilakan!! sukar nak faham dan menelah hati manusia. Siapa kita dulu bagai tidak bermakna lagi. Siapa yang tak pernah dikecewakan dalam hidup, sungguh terlalu banyak ranjau duri yang perlu kita tempuhi. Tapi apalah salah kita muhasabah diri sendiri bahawa apa yang terjadi dulu bersebab. Cari salah diri sendiri baru boleh menunding ke arah orang lain. Susahkah nak wat semua tu. Tercabar sangat ker keegoan itu. Namun itulah hakikat manusia yang sememangnya serba tidak sempurna. Sukar memberi maaf, terasa diri lebih baik dari orang lain. Adakah dengan mencari kekurangan orang lain dapat menutup kekurangan diri sendiri atau nanti pada akhirnya kita akan kelihatan lebih bodoh pada mata orang lain. Itu lagi haru. Emo betul aku hari ni… huhuhu… harapnya aku  tidak bersikap seperti itu.

Andainya ada di antara kita nanti,

Berubah arah memungkiri janji,

Jangan ada benci,

Suka dan duka dilalui,

Jadikan kenangan disudut hati….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s