Sahabatku bertunang…

Berita yang aku terima lewat Jumaat lepas memberi kejutan yang cukup besar pada diriku. Selama ini dia tidak pernah pula berkongsi apa-apa denganku. Aku juga seperti dia juga tidak pernah membicarakan apa-apa pada sesiapa termasuk dia. Namun SMS yang aku dapat semalam memeranjatkan. Aton bakal menamatkan zaman sendu dengan lelaki pilihan. Walau pun agak terkejut dengan keputusan yang diambil tapi siapalah aku tuk menelah apa yang ada dalam hati seseorang. Aku tetap ceria menerima perkabaran tersebut. Doaku agar perkahwinan yang bakal termetri nanti akan berbahagia sehingga keakhirnya. Apa yang penting dia bahagia setelah pengalaman lalu yang cukup memeritkan. Bagi aku dia sudah cukup kuat tuk bermula semula. Kali ini tanggungjawab dia akan lebih besar dan mungkin mencabar. Dan semoga Allah akan memberi kekuatan kepada dia tuk menjadi isteri yang solehah kepada keluarga kedua pihak. Tak terbayang rasanya namun kudoakan agar dia gembira dan bahagia. Amin.

Melihat kepada diri sendiri, aku rasa diri tidak cukup yakin tuk menyerahkan seluruh kehidupanku untuk itu. Sebab itu mungkin aku belum dipertemukan dengan sesiapa…Allah lebih tau…aku belum cukup bersedia. Buat sahabatku yang satu ini, aku sangat berharap agar ikatan yang terbina ini tidak menghalang tuk kita meneruskan persahabatan. Biar bagaimana pun corak hidup yang kita pilih jangan terus membuang ikrar sahabat yang kita bina bertahun-tahun. Mungkin tidak semesra seperti dulu namun biarlah kita terus bersahabat. Sekurang-kurangnya bila tiba hari-hari tertentu dalam hidup kita, masih ada ruang tuk kita membicarakan kisah gembira dan duka kita. Bagi aku peralihan ini bukan penamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s