Pemantauan P&P

Huhu kena pantau kek PPD pagi nie..baru jer siap. Nak wat cane hadap jer dengan semangat yang ada. 5 minit jer seriau pastu layan jer. Yang paling penting objektif tercapai dan bebudak tue faham apa yang nak disampaikan. Cuma rasa keterikatan, pergerakan terbatas. Biasalah diperhatikan. Tak sempat duduk pun duk berlegar satu kelas. Motif masa macam lambat sangat berlalu. Hihik aku tak marah-marah hari nie. Selalu aku memang tegas kalau ada yang tak fokus pada apa yang diajar. Kali nie menegur dalam nada lembut la. Tp jegil lah juga mata. Aik senyum-senyum jer bebudak nie. Isk yang penting dan siap dan result pun okey. Cuma perlu penambahbaikan dalam P&P. Tambah cili dan perasa agar lebih mantap. Yalah menggunakan kaedah yang sama dalam pengajaran memang membosankan. Selalunya aku pelbagaikan cuma bab kuiz tue memang aku adakan dalam 5 minit waktu P&P. Dia orang nie jenis yang tak baca buku jadi itu jer cara nak bagi refresh balik. Ingatan akan lebih kekal jika selalu ditanya. Dia orang pun dah tau dah. Cikgu buat kuiz! klau aku lupa dia orang yang ingat kan balik.

Yang penting aku suka dan sayang kerja nie. Tu sebab aku tak suka murid yang tak fokus. Jadi aku akan pastikan murid yang paling lemah pun untuk dapat salah satu dari objektif. Yalah budak kampung kena pandai tackle agar minat pada Sains. Aku akan tanya berulang kali hingga pada hari serterusnya mereka jadi lebih bersedia. Persediaan untuk UPSR tue aku mulakan dari tahun 4 lagi. Sebab nanti masa tahun enam aku tak payah nak cover tajuk tahun 4 dan 5 lelama sangat. Contents dah ada dari awal cuma perlu refresh dan tekan switch. mmmmmm caiyok…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s