Apa yang tak kena dengan aku!

Dua tiga menjak nie hidup aku agak bercelaru, banyak benda yang berlaku yang semakin cuba diperbetulkan akhirnya menjadi semakin salah dan kalah. Sudah mengalahkah aku dengan situasi yang begitu menduga sekarang nie. Tewaskah aku dalam mengendali perasaan sendiri. Itulah yang aku rasa. Sudah tertewas. Tak bermotivasi langsung rasanya. Memenuhi kehendak diri dan orang lain kadang-kadang membuat diri dalam dilema yang panjang. Aku bagai kehilangan kekuatan yang dulu, yang melingkari jiwa bagai tiada sesiapa yang dapat menyusup sekali pun. Ujian dan dugaan kali ini benar-benar menduga. Payah benar rasanya. Nak diikut rasa takut binasa. Apa perlu aku buat! berlari dan meninggalkan semua nie sekali lagi. Lari dari masalah. Mungkin keadaan akan menjadi lebih baik dari sebelum ini, dari berada dalam keadaan ini aku lebih rela sendiri sahaja. Rimas dan lemas. Aku tak faham dia. Sangat-sangat tidak faham. Kekadang nak juga ku ghaibkan dia secepatnya agar hidup aku lebih terarah dari memikirkan sesiapa lebih-lebih lagi dia. Siapa aku nie pada dia! serius atau gurauan sahaja. Keliru benar dengan kemesraan yang ada. Letih sekali melayan keadaan yang lama sudah kutinggalkan jauh-jauh. Allah tolonglah diriku, beri aku kekuatan bagi menghadapi semua ini, jangan aku dilalaikan dengan hal-hal sebegini. Untuk dia, boleh tak jangan seksa perasaan aku lagi!

Hal lain: Kita orang geram kat akak kantin yang bising-bising ngan GB sebab ramai guru pompuan tak turun makan. Muak dah ngan menu yang sama setiap hari. Pelik tul pasal tak turun makan pun nak marah-marah. Suka hati lah nak makan ker tak nak makan. Boleh pulak paksa-paksa orang cam gitu. Hangin betul satu badan dibuatnya. Hari nie aku beli nasi lemak bungkus jer tak kuasa aku nak layan. Perut aku suka hati akulah kan.

2 responses to “Apa yang tak kena dengan aku!

  1. Kita hidup di dunia ni, ada kuasa yang menguasai diri kita. Itulah Tuhan kita. Tuhan yang mentadbir alam ini termasuklah kita juga. Jadi kita kena sedar, Tuhan itu bukan sahaja Tuhan kita tapi Dia juga berperanan dalam hidup kita. Tuhan ada masuk campur dalam kita meniti hidup kita seharian. Tuhan tu berperanan dalam perjalanan hidup kita. Tuhan setiap saat ambil tahu hal kita…

    • Thanq. kerana mengingatkan agar saya tak terlupa tentang itu. emosi menguasai diri. banyak sgt perkara alpa yang berlaku akhir-akhir nie. hati ngah susah. tapi insyaallah dalam masa terdekat nie pasti yang susah akan menjadi senang. terima kasih sekali lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s