Buang bayi lagi!..isk..isk

Salam…

Saban bulan, saban minggu, saban hari cerita pembuangan bayi sentiasa ada…di mana-mana. Tak kira tempat dulu di bandar kini dah masuk ke kawasan kampung-kampung. Sosial sungguh orang-orang sekarang.  Dulu di buang dalam tong sampah ngan balutan surat khabar, ader yang dibakar, ader kisah bayi dah umur sebulan ditinggalkan dan malam tadi buang kat dalam sungai pulak. Sedih benar bila dengar cerita-cerita begini. Mana letak nya kelembutan perempuan yang dijulang selama ini. Semakin jauh atau terhakis sudah. Sebal dan bebal sgt hati ibu-ibu nie (merujuk pada yang sanggup buat sahaja ya) hingga sanggup membuang anak yang tidak berdosa. Aku sebagai perempuan rasa sangat terhina ngan keadaan seperti ini. Kalau boleh cari lah orang yang sanggup menjaga yang nak menjadi ibu segera pada bayi-bayi nie. Aku sanggup sangat-sangat sanggup nak bela. Tak kisah ler asal-asul nyer. Dia adalah satu anugerah berharga. Buat ler sesuatu…agar nyawa yang lahir tue dapat diselamatkan. Bagaimana ya…tubuhkan satu tempat khas untuk meletakkan bayi yang tidak diperlukan mmmm rasa mcam menggalakkan pula. Yang pasti kena buat sesuatu jgn bercerita hari nie bagai nak rak lepasa tue senyap tak ade tindakan sehingga lah keluar cerita tapi mcam itu juga. Sampai bila  x ada jalan penyelesaian. Apa pun pertikaian nya…..mmmmmmm “Selamat Hari Ibu”. Berbangga lah jadi seorang ibu kerana anda terpilih melahirkan umat Muhammad.

Antara rentetan cerita:

Mayat bayi cukup sifat ditemui terapung dalam Sungai Klang
06/05/2010

KUALA LUMPUR 6 Mei – Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui terapung dalam Sungai Klang berhampiran Kampung Sungai Lancung, Subang, dekat sini hari ini.

Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang pemancing warga Indonesia kira-kira 12 tengah hari tadi dengan terdapat kesan lebam di kepala dan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pemancing itu Omar Hussein, 32, menemui mayat bayi tersebut yang dalam keadaan bogel ketika sedang memancing berdekatan sungai itu.

“Apabila menyedari benda terapung dalam sungai itu adalah bayi, lelaki itu bertindak mengangkat dan meletakkan bayi terbabit di tepi sungai sebelum menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesan lebam di kepala bayi itu dipercayai berpunca akibat dibawa arus deras.

Zainal Rashid berkata, identiti bayi itu belum dapat dikenal pasti kerana pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk dalam sungai terbabit yang boleh mengaitkannya dengan individu tertentu. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s