Betul la kat PD ader buaya!

PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini. Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan. Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu. “Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang. “Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak. Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini. Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut.

Sumber: forumcari.com

P/S: Kena pikir dua tiga kali nie kalau nak gi berkelah kat PD…bosa bona nie mmg sah beranak pinak.

Bangkai buaya yang dijumpai terapung di PD

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s