Kami Sayang Abah! tapi Allah lebih menyayangimu…

Salam…

Tanggal 11 Syawal bersamaan 20 September pada jam 2.10 petang. Abah pergi meninggalkan kami mengadap ilahi. Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang dan dipermudahkan. Hilang sudah tempat kami adik beradik bermanja. Abah seorang lelaki yang cukup baik, pendiam dan sangat manja dengan anak2…tak pernah sekali pun abah berkasar atau memarahi kami. Kini abah dah takder…rasa sangat sunyi dan rindu yang teramat.

Abah mula jatuh sakit sejak 4 Jun 2010. Abah rebah di bilik air kerana tekanan darah rendah. Sebelum tue dah sebulan lebih abah takder selera makan. Selera abah patah tapi masih terus ambik ubat gaout. Selepas 2 hari di hospital, abah dibedah kerana mengidap ulser perut yang kritikal. Kami tergamam kerana seteruk itu keadaan abah. Doa kami tak putus-putus agar pembedahan abah berjalan lancar. Seminggu abah ditahan di ICU kemudian dipindahkan ke CCU selama 3 minggu. Terdapat jangkitan pada paru-paru abah, lemah dan sangat kritikal keadaan abah masa tue. Namun semua tue dapat abah lalui dengan segala susah payah, dengan penuh kesakitan sehingga saya sendiri tidak mampu melihat abah menahan segala kesakitan. Rasa mau saja diri ini bertukar tubuh dengan abah. Agar abah tak berasa sakit lagi. Sesungguh Allah lebih tahu apa yang abah rasa.

Kesan dari terlantar selama sebulan di hospital, bahagian belakang abah melecet teruk, bernanah dan berlubang. Luluh hati kami melihat nyer. Sedih sangat tapi kami bantu sedaya upaya kami agar abah selesa walau abah susah sgt nak mengalihkan badan kiri dan kanan. Abah ditahan lagi selama 7 minggu di hospital. Kami adik beradik bergilir-gilir menjaga abah tak pernah sekali pun membiarkan abah berseorangan. Abah lah intan payung kami.

15 Ogos abah dibenarkan keluar hospital. Keadaan abah semakin baik, tapi luka dibahagian belakang badan abah masih belum kering sepenuhnya. Kami menjaga abah sebaik mungkin agar luka tue makin kecil dan mengering. Selera makan abah langsung takder hanya mimum susu dan nestum. Sepanjang penghujung puasa dan awal Syawal saya menjaga abah. Siang malam abah dalam perhatian saya. Abah nak minum, makan, mandikan abah, cuci luka dan semua nyer. Sungguh hati nie rasa puas dapat jaga abah sepanjang waktu tue.

Hari terakhir cuti raya kelmarin sewaktu lap badan abah…perlahan abah berbisik pada saya…”Abah dah nak mati” Luluh hati saya mendengar nyer…sebak sungguh…saya tahan air mata dari keluar tak mahu abah bersedih. Saya tetap bergurau dengan mengatakan abah akan kembali sihat seperti dulu. Namun Allah ada perancangan nyer sendiri…badan abah semakin lemah. Akhirnyer pada petang ahad 10 Syawal abah nazak. Saya sampai dari dari Johor 10 pagi. Saya cukup tenang melihat keadaan abah, segera mengambil wuduk, duduk disisi abah membaca Yassin. Berkali-kali menyebut nama Allah di cuping telinga abah. Meminta ampun dan maaf atas segala dosa saya. Air mata abah tumpah walaupun abah tidak lagi dapat membuka mata dan bersuara. Saya tahu abah mendengarnya.

Syukur perjalanan abah dipermudahkan oleh Allah swt. Kami 4 beradik memandi dan mengapan jenazah abah. Walau pun adik lelaki kami tidak dapat melihat abah buat kali terakhir namun dia redha.

“Selamat jalan abah. Jangan risau kami akan jaga mak selagi hayat dikandung badan. Kami tahu abah sayang sangat pada mak. Biar lah kami pula mengambil alih tugas abah menjaga mak. Semoga abah aman dan tenang di sana. Itulah doa dan harapan kami. Al-fatihah buat abahku Md Baki Bin Dobot yang kucinta, buah hati dan pengarang jantung kami”Abah

-kami anak abah-

Izah, Nora, Noji, Abu dan Anet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s