Masa untuk jalan-jalan…

Wah! tak sabar nak tunggu esok. Dah hampir setahun plan nak gi jenjalan ke Terengganu akhirnya tarikh nyer tiba jua. Semakin dekat maka semakin ramai pula memberi alasan itu ini. Memanjang dengan alasan sedangkan bukan sedikit masa diberi…alih2 bila sampai masa masih beri alasan. Bosan betul dengan ragam manusia sukar sangat nak berpegang pada janji. Tak pasal aku jadi marah-marah dengan sikap begini. Macam budak2…bukan ker masa tue semua kita yang rencanakan. Geram aku ni masih belum hilang. Mujur yang satu kereta dengan aku tak wat hal…cantik tak bikin masalah.

Masa2 macam nie baru kita nampak ragam manusia. Cuma sabar atau tidak jer. Ikut hati nak sembur cukup2. Yang paling geram masa ni pulak ler nak putus cinta bagai… aduh geram nyer aku…dapat pulak manusia tak normal yg anggap cinta tu segala. Mata bengkak2 bagai…muka masam mencuka dari pagi sampai balik…hello boleh tolong tak! boleh tak berpijak dibumi yang nyata. Perasaan tue hak milik mutlak ko…boleh tak kawal emosi ko tue dan jangan bawak masalah tue kat tempat kerja …rimas tau tak…tu belum baca lagi status dalam FB…adoi kes adik2 mcm nie buat aku nak tutup jer FB aku tue…penuh luahan perasaan orang psiko. Yg heran ader pulak yg rajin menjawab dan beri pendapat.

Aku benar2 marah…meradang…walau aku tau aku harus ceria untuk gi jenjalan esok!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s