Erti Sebuah Pengorbanan!

Sudah dua bulan musim hujan berlalu. Pepohon tampak menghijau dari jauh, saujana mata memandang kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin. ” Apa khabar daun hijau.” katanya. Tersentak daun hijai menoleh kearah suara yang datang. “Oh, kamu ulat! Badanmu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali, mengapa?” Tanya daun hijau. ” Sudah lama aku mencari-cari daun hijau sebagai makananku hari ini tetapi hampa. Adakah engkau sudi untuk membantu?” tanya ulat kecil.

“Tentu sekali. Datanglah lebih dekat.” ujar si daun hijau sambil di dalam hatinya berkata “Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan siulat, aku akan tetap hijau. Cuma badanku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tidak mengapalah.” Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang rela menjadi makanan siulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih sayang dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang disana-sini namun ia berasa sungguh puas hati dan gembira kerana dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang, ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang lalu dibakar.

Mesejnya: Apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja sesama kita? Bukan dunia ini fana. Pada akhirnya semua yang ada akan mati juga. Berkorban kesenangan dan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi indah. Ketika berkorban, diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita kerana kita akan tetap menghijau.

Bagi daun hijau, berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat rakan-rakan penghuni alam yang lain tersenyum riang kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari tidak akan selamanya hidup sebagai daun hijau. Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita, hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya, isilah hidup ini dnegan hal-hal yang murni baik tutur kata mahupun perbuatan kita. Berkasih sayanglah! Jadikanlah pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa nikmat serta kepuasan peribadi yang tersendiri.

Berkorban dapat dilaksanakan dalam banyak situasi: orang tua kepada anak-anak, anak-anak kepada ibu bapa, adik-beradik, dari sahabat untuk sahabat, jiran tetangga yang kaya membantu orang miskin, mendahulukan kepentingan bangsa dan agama, atau pun paling tidak pengorbanan sesama insan yang tidak saling mengenali atas dasar perkemanusiaan.

Pendek kata, kita memberikan apa yang kita punyai apatah lagi keputusan yang paling kita sayangi dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan sebenarnya. Yang mana sering kita lakukan? menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi.

Cerita ini menginsafkan. Kadang-kadang kita terlalu inginkan orang lain menuruti kehendak kita tetapi kita tidak pernah memikirkan kehendak mereka pula. Kadangkita terlupa orang-orang yang kita kenali dan sayangi itu juga memerlukan perhatian dan kasih sayang kita. Kita mungkin terlupa memperlihatkan kesudian kita untuk membantu dan mengucapkan terima kasih tiap kali kita mendapat sokongan dan bantuan mereka.

Banyak yang kita lakukan dalam hidup ini dan kita menganggapnya sesuatu yang lumrah. Kita tak pernah tersenyum pada mereka yang saban waktu memberikan kita kekuatan dan memberi bantuan tanpa kita sedari. Memang benar, ramai yang mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Siapalah yang sudi mendekati kita tanpa agenda ynag tersembunyi. Namun pasti kita akan mendapat seseorang yang seikhlas hati mengasihi dan menyayangi kita tanpa syarat!

Mahatma Ghandi: ” Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta, disitu ada kehidupan manakala kebencian membawa kepada kemusnahan”

p/s: Fikir-fikirkanlah…Selamat Beramal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s