Makkah kota paling selamat di dunia.

Makkah – Kota Paling Selamat Di Dunia BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemu kan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi tuhan. Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami. “Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistimewaannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. “Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya. Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin.   Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu adalah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh merieropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. “Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantai masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya.  Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram clan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.

Justeru, Al Islam mengambil kesempatan ini untuk merungkaikan nikmat di sebalik tuntutan rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya di dalam sains. Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang terlintas di hati untuk menunaikan haji. Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapat kan haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji mempunyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.

‘Niat ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenamya Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.

“Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintahNya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebelum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.

“Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang. Pengaruh graviti itu penting untuk menentukan kedudukan tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

“Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila bermalam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,” jelasnya. Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya. Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jum lah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukleus, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.

Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut awan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.“Manakala bilangan tujuh itu ada lah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya,” terang Prof Norhisham. Manakala di dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang semasa berihram seperti tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak tangan. Rambut, janggut tidak boleh disapu minyak, tidak boleh menanggalkan bulu dan rambut, memotong kuku dan memakai pakaian bersarung yang ber jahit- khususnya bagi lelaki.

Semua larangan itu ada penerangan-nya. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang balk yang dipancarkan terus dari Kaabah. Begitu juga, muka dan tangan mempunyai fungsi yang sama. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sambungnya lagi, penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain untuk menonjolkan persamaan di sisi tuhan, wujud rahsia yang lebih mendalam. Kain kapas menurut Prof Norhisham adalah simbolik tanah hitam yang berunsur karbon. Kapas adalah unsur yang paling bersih. Sudah dikaji, kain kapas boleh membiaskan atau memantulkan semula radiasi gelombang jarak jauh atau gelombang infra merah. Gelombang ini memang sudah dikenal pasti mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan,” jelas.

Sumber: Majalah Al Islam (keluaran Sept)

Makkah Al-Mukarramah, dari perspektif sains dan akhir zaman

“Bakkah,Al Balad Al Amin, Umm Al Qura, Al Baldah merupakan sebahagian dari nama-nama yang lain bagi kota suci umat Islam ini.Beruntunglah bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah terutama ketika menunaikan ibadat haji mahupun umrah.Sudah pasti memberi 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan.Bagi yang belum berpeluang,keinginan kesana pasti ternanti-nanti.Tiada siapa yang sangka suatu ketika dulu ianya merupakan sebuah padang pasir yang kering-kontang kini menjadi tumpuan seluruh umat Islam.Disitulah letaknya Kaabah sebagai pusat bumi dan disitu jugalah sumber air zam-zam yang tidak putus-putus simpanannya.
Ramai yang telah menyetujuinya dan tak kurang juga memandang sinis terutamanya golongan bukan Islam & muslim yang hanya berfikiran logik semata-mata.Apatah lagi si Stephen Howking yang tidak mempercayai Tuhan,makin bertambah dungulah dia yang sememangnya telah dungu dari cahaya kebenaran jika diberi peluang untuk mengkaji kehebatan kuasa Allah di bumi Makkah itu.
Bagi yang memahami hukum fizik dan mereka-mereka yang mengkaji mengenai kehebatan Makkah pasti menemui sesuatu yang baru.Dikota Makkah keadaan gravitinya adalah sangat stabil dan agak tinggi.Ajaib bukan?Mengikut pengiraan sains yang dipelopori pihak barat,Kutub Utara dan Kutub Selatan melebihi daya gravitinya berbanding equator(garisan Khatulistiwa).Perlu diingatkan, Equator atau Garisan Khatulistiwa adalah garisan tengah yang membahagikan antara dua kutub bumi.Tetapi kutub magnetik (diutara dan selatan) bumi adalah berbeza sama-sekali.Ia tidak berada tepat diatas kutub Utara dan Selatan.Malahan ia condong beberapa darjah dan berjauhan sebanyak 810km dari Kutub Utara dan 2826km dari Kutub Selatan.(Pengiraan diambil pada tahun 2005 melalui satelit pengesan medan magnetik).
Bagi pengiraan jarak dari peta magnetik (jangan rujuk peta atlas dunia yang biasa),Makkah adalah amat hampir dengan garisan tengah antara kedua-dua kutub magnetik itu.Kekuatan medan magnetnya juga hampir-hampir sifar iaitu 1 darjah ke timur.Perlu diingat disini bahawa pengiraan ini adalah dari manusia yang penuh dengan kelemahan ilmunya.Sudah tentu ilmu Allah tidak terbatas,tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Makkah itu benar-benar diatas pusat dunia,terletak diantara 2 medan magnetik dan juga mempunyai kekuatan magnetik yang sifar serta kekuatan graviti yang amat tinggi. Sebagai bukti,bawalah kompas dan anda akan lihat jarumnya tidak bergerak langsung jika dibandingkan kompas yang terletak di Utara atau Selatan magnetik dimana jarumnya tak keruan berpusing-pusing mencari arah.Sebelum ini,kiblat umat Islam adalah kearah Masjid Al-Aqsa dan disitulah pusat bumi ketika itu.Kemudian melalui perintah Allah ke atas Nabi S.A.W,kiblat ditukarkan kearah Kaabah di Makkah.Menurut seorang professor,telah terjadi gempa bumi dan pergerakan platlet bumi di tanah Arab.Kesannya pusat bumi telah beralih arah ke Kaabah,Makkah.
Jadi apa rasionalnya kita mengaitkan segala graviti dan medan magnetik di Makkah ini?Ya memang rasional malahan memang terbukti dari segi saintifiknya.Mengikut saintis,pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsangkan kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan imun badan.Imun badan kita menjadi kuat secara semulajadi tanpa sebarang vaksin.Apabila graviti makin kuat,maka banyak ion-ion negatif berkumpul disitu.Memang terbukti bahawa mereka yang sebelum itu mengalami sakit-sakit badan,bila tiba di tanah suci kesakitan yang dialami hilang dengan serta-merta.Tekanan graviti yang tertumpu disitu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.Jadi keupayaan darah untuk membawa oksigen keseluruh badan adalah amat baik dan lancar sekali jika dibandingkan keadaan manusia di tempat-tempat lain di sekitar dunia.
Bagi medan magnetnya yang sifar pula adalah disebabkan tarikan untuk kedua-dua medan (Utara & Selatan) adalah seimbang. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah,tenaga anda seperti dicas semula dan mendapat kekuatan serta kesegaran yang luar-biasa.Perasaan dan tubuh anda akan rasa tenang,segar dan bertenaga.Sebenarnya,dengan bertawaf mengikut lawan jam juga memberi satu tenaga hayat secara semulajadi kepada alam semesta.Buktinya Neil Armstrong ketika berada di luar angkasa,beliau mengesan satu gelombang yang hebat telah dipancarkan dari bumi.Setelah diselidikinya,gelombang itu berpunca dari Kaabah.Beliau mencari dimana hujungnya gelombang yang dipancarkan itu berakhir,tetapi langsung tidak di temuinya.Gelombang itu tidak berpenghujung atau infiniti katanya. Bagi kita umat Islam percaya bahawa Baitul Haram(Makkah) itu bersambung terus ke Baitul Makmur(Langit ke tujuh).Andai kata seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia pasti akan mengenai Kaabah di bumi kita.Maka gelombang yang dikesan oleh Neil Armstrong itu dipercayai terus-menerus hinggalah ke Baitul Makmur dimana tempat tawafnya para malaikat.
Kemudian apakah kesannya apabila tanah Makkah Al-Mukaram yang tidak diganggu medan magnetik serta berkeadaan graviti yang stabil dan tinggi itu? Menurut pakar sains, tanah-tanah yang mempunyai graviti yang tinggi mengandungi kandungan garam dan air yang banyak.Terbukti sememangnya Makkah itu tidak kering dengan air zam-zamnya.Dipercayai juga dengan kepekatan graviti sungai-sungai dibawah tanah akan terhasil dengan banyaknya.Tahukah anda bertapa pentingnya air kepada kita? Dan betapa pentingnya bekalan air yang berterusan andai kita di alam peperangan?Disinilah atas rahmat dari Allah S.W.T, Dia telah menganugerahkan air zam-zam buat kita semua untuk digunakan baik ketika keadaan tenang mahupun genting.
Andaikata umat Islam keputusan bekalan makanan dan minuman,maka Makkah Al-Mukaramlah yang akan mencukupinya.Tidak hairanlah jika berlakunya peperangan besar, Makkahlah yang akan menjadi benteng Kota terakhir umat islam(begitu juga dengan Madinah) kerana 2 kota ini tidak dapat ditembus oleh sang dajjal laknatullah.Sudah pasti kita tahu yang air itu merupakan satu keperluan utama bagi manusia.Dipercayai di akhir zaman kelak,ketika kemunculan sang dajjal laknatullah itu akan menguasai dunia ini terutamanya bekalan air.Dipercayai juga ketika diakhir zaman kemarau yang berpanjangan akan berlaku (mungkin kesan dari perang nuklear?),haiwan ternakan banyak yang telah mati,tumbuh-tumbuhan terbantut dan tercemar,sungai-sungai kering serta hujan berasid.Ketika itulah sang dajjal laknatullah akan “mengofferkan” bantuannya.Jadi apa yang perlu dilakukan?Larilah…carilah perlindungan di kota Makkah dan Madinah.InsyaAllah disitu terjamin keselamatan kita buat umat Islam.
Adakah dajjal akan mengambil bekalan-bekalan air yang telah tercemar itu sebagai minuman?Tidak..tidak sama sekali,kerana dia telah membuat perancangan lebih awal.Saudara sekalian,lihatlah apakah yang ada di monumen-monumen tinggalan tamadun-tamadun purba dahulu? Stonehenge, pyramid, Easter island dan pelbagai tapak sejarah lain mengandungi mata air yang banyak serta bertekanan graviti yang tinggi serta pusat kuasa magnetik.Dia dajjal sang kutuk itulah yang membina monumen-monumen tersebut sebagai persediaan huru-hara di akhir zaman.Cuba lihat hadis dibawah:
Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram,Masjid Nabawi,Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa” (Riwayat Imam Ahmad.Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26).
Lihatlah sehebat-hebat dajjal laknatullah itu,lebih hebat lagi Allah yang Maha Besar.Perancangan dajjal tidak dapat menandingi perancangan Allah.Allah telah me”reserved”kan kita umat Islam awal-awal lagi dengan Air Zam-Zam yang tidak putus-putus bekalannya dimana terletaknya didalam Kota yang amat kebal dan ampuh dari sebarang senjata iaitu Makkah Al-Mukkaramah.InsyaAllah Kota Makkah juga bakal menjadi saksi akan kemunculan pembela umat Islam yang berdarah daging dari Rasullullah S.A.W. Amin…
Sumber : Mekah kota paling selamat di dunia – Al Islam,Membongkar Misteri dajjal – Muhammad Nurani Maarif, Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu – Hj Muzaffar , Magnetic Field photo – NASA, The world magnetic variation maps.

Thank kepada Doden…forumer Cari.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s